Isnin, 4 April 2011

 HUKUM MENCABUT ALIS, RAMBUT PALSU DAN TATO
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin



Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.


"Allah SWT mengutuk para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta untuk dicukur dan dibentuk bulu keningnya untuk mencantikkan dirinya yang merupakan perbuatan mengubah ciptaan Allah SWT."
Larangan ini disebutkan dalam hadis daripada Ibn Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
 
 
“Allah SWT mengutuk perempuan-perempuan yang mentatu dan mereka yang minta ditatu, perempuan yang mencukur alis dan mereka yang minta dicukur alis, perempuan yang mengasah gigi agar lebih indah dan yang mengubah ciptaan Allah'
 
 
Cukur, cabut atau membentuk kening menjadi trend yang terhangat di masa sekarang. Tak kira remaja atau dewasa pun lakukan untuk kelihatan lebih menawanlah kononnya. Ada  yang di trim setipis-tipisnya, dibentukkan hingga melentik sangat-sangat dan malah ada yang dicukur sampai botak licin. Disapu warna hitam dengan pensil make-up. Atau sama ada dia sengaja atau dia tercukur.